Wednesday 6 August 2014

Kesenian ke Kuguruan

         Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dilakukan di sekolah rendah saya saya sendiri iaitu SK Bobak/Sejinjang Bau. Mengapa saya memilih sekolah tu? Sebab saya membesar selama 6 tahun di sana. Jadi, sebagai alumni mestilah saya nak berbakti sikit kat sekolah tu. Walaupun hanya seminggu, tetapi saya tetap berasa puas hati kerana dapat bekerjasama dengan guru-guru yang pernah mendidik saya dahulu. Apa yang best adalah mereka semua sangat peramah dan mesra serta mudah memberi kerjasama! Itu membuatkan saya berasa sangat selesa menjalankan program PBS. Kalau boleh nak extend lagi PBS tu sebab enjoy sangat-sangat.
         Apa yang lagi menarik adalah murid-murid yang comel belaka. Ada yang gendut, ada yang kurus, ada yang murai, ada juga yang pemalu. Personaliti mereka tu masing-masing menjadi pelengkap sesama sendiri untuk mencipta memori. Sejujur-jujurnya, saya rindu sangat-sangat zaman persekolahan saya dahulu sewaktu sekolah rendah. Mereka tak kisah apa yang berlaku. Adalah krisis, gaduh-gaduh, tapi tu semua hanya sementara. Apa yang diorang tahu cuma happy-go-lucky. Tak ada yang nak fikir macam-macam, stress atau masalah macam kita yang dah dewasa ni. 
          "Selamat Pagi, Cikgu!!!" Dengan ceria mereka memberi salam walaupan belum sempat saya menghabiskan satu langkah. Biasalah kan, kanak-kanak. Mereka sukakan guru baru. Apapun, saya bersyukur apabila saya sedar secara official menerima ucapan pertama dari murid-murid. 
Secara perlahan, minat saya untuk menjadi seorang pendidik semakin membuak-buak. Tak sabar rasanya.

Dari merangkak sehingga berjalan, 
Jasamu guru takkan ku lupakan,
Walaupun dah beralih ke bidang keguruan, 
Takkan ku lupa bidang kesenian, 
Mengajar saya erti kehidupan, 
Sedarkan saya untuk membina masa depan.

Salam Senimanku.

No comments:

Post a Comment